Tuesday 29 March 2011

Selamat datang ke PELANTAR MEMANCING KPSP Sempang Pantai! Bukan sekadar destinasi memancing..


 
Keindahan laut Selat Melaka dengan nuansa matahari terbitnya menjentik  para pengunjung datang silih berganti menikmati suasana terbitnya sang mentari. Tidak seperti pelantar memancing yang lain, PELANTAR MEMANCING KPSP Sempang Pantai menangkap elemen tersendiri khusus bagi kaki pancing dan pencinta alam! Udara dan pantai yang bersih dan nyaman, kemudahan serba lengkap dengan dapur, bilik air dan dua bilik tidur menambah keselesaan pengunjung. Pengunjung seakan disuntik dengan suatu keajaiban yang tersendiri apabila disepanjang perjalanan ke pelantar memancing, bot-bot nelayan yang pulang dari mencari rezeki, pohon-pohon bakau, spesies tumbuhan flora dan fauna, kicauan unggas dan camar riang bebas berterbangan seakan menyambut kedatangan pengunjung.. Suatu terapi minda yang cukup mewah!


Digambarkan dalam filem “The Beach” yang dibintangi Leonardo Dicaprio tentang penemuan sebuah pulau dengan memiliki tebing serta laut dangkal berwarna kehijauan dengan pantainya nan cukup indah. Dalam realitinya, apa yang dialami Caprio itu,  merupakan pemandangan sebenar pantai Selat Melaka kawasan pelantar memancing kami. Terletak di kawasan seluas 1.6 hektar dan 30km dari Tol Ayer Keroh, istimewanya PELANTAR MEMANCING KPSP Sempang Pantai, bukan sekadar destinasi memancing, ia turut menyediakan beberapa pakej menarik untuk individu dan kumpulan dengan harga yang sangat berpatutan dan kemudahan 24jam!  Untuk menikmati sempurnanya keindahan pelantar memancing ini, tidak lengkap seandainya keseronokan itu tidak dikongsi bersama keluarga, justeru disinilah lokasi libur anda menikmati keseronokan riadah dan santai di hujung minggu bersama yang tersayang. Antara kemudahan yang disediakan adalah seperti berikut:
1.        Bot pergi dan balik yang akan membawa pengunjung
2.        Umpan memancing
3.        Makanan dan minuman kepada pengunjung


Sekiranya berhajat untuk memasak sendiri, pengunjung turut dialu-alukan ber “BBQ” beramai-ramai dengan pari dan jenahak segar dari hasil tangkapan, sambil memetik gitar mengalunkan irama merdu dengan menghirup udara segar, pasti mencetus nostalgia kepada pengunjung!

PERADABAN kota yang dibanggakan menjanjikan kebahagiaan ternyata tak bererti apa-apa jika berada di pelantar memancing ini. Bagi penghuni kota, disini tempat paling mujarab merungkai emosi jiwa. Ia jauh dari sesak kota yang setiap detik berjerebu dengan kerenah manusia. Usai menikmati keindahan alam disini, pengunjung akan terpukau saat matahari akan terbenam dan seluruh keindahan itu menjadi gelap. Yang tinggal, hanya suara deruan ombak yang setia menemani anda menjelang malam hari. Pihak pengurusan benar-benar  menjanjikan kepuasan kepada setiap pengunjung.. Dan sekiranya berminat untuk mengetahui lebih lanjut, sila berhubung dengan En. Rahmat b Kalil (012-2052393) atau En. Mohd Kadir b Yassin (012-9401303)


Salam dari pihak pengurusan KPSP Sempang Pantai!